Monday, 13 June 2011

kereta - keperluan atau status

1985. Waktu tu aku belajar kat IKLP, KL. Berulang-alik dari taman maluri ke kg baru dengan mini bus no 44. Selalunya dapat tempat duduk sebab rumah dekat  bus stand. Perjalanan kira ok la bagi yang biasa dengan bas mini ni....laju. Waktu tu kat Jalan Bukit Bintang tu tak sesak macam sekarang. Pavilion tu pun sekolah lagi.

Tak sabar nak tengok kereta pertama Malaysia kat jalanraya. Tiap hari bilang berapa bijik kereta proton saga yang terserempak....bangga. Walaupun kereta idaman aku waktu tu Vitara....kalau terserempak....hmmm toleh lama...apa lagi pasang angan-angan la.

Kereta pertama kami beli tahun 1992, proton saga second-hand...WBR 6350. Tak payah cerita la seronoknya...tiap hujung minggu ronda....taman tasik, titiwangsa, paling teruk pun ke Jusco wangsa maju.

Biasala kan...bila rasa lega sikit, kereta yang ada pun kurang selesa...kononnya dah pindah Penang, jauh nak balik kampong. Tukar kereta second-hand jugak, proton iswara WDR 7830. Nasib kereta tu sama, lepas empat tahun dah mula rasa tak selesa.

Kereta ketiga kami first hand...wira aeroback PEG 1176. Kelakarnya beli kereta ni tak rancang pun. Kami jalan-jalan kat Carefourr, ada promosi kereta baru....kira punya kira terus confirm. Rupanya kereta first edition ni risikonya boleh tahan. Macam-macam hal...letih jugak la nak layan. Pernah sekali cermin sisi tak boleh nak naik lepas ambik tiket tol kat Ipoh. Sepanjang perjalanan Ipoh - KL tu rasa macam naik kereta preber sapu kat Temerloh ( bukak tingkap sebab takdak aircond.)

Macam biasa jugak selepas lima tahun dah rasa lain macam....mungkin mengada pun sama kot. Kali ni kami tukar selera....Honda civic. Rasanya kereta ni yang paling best...banding dengan yang sebelumnya la. Tapi maintenance dia selalu buat kami senak...Jadi tak lama jugak la....kebetulan abang aku offer volvo dia.

Apa lagi, tukar Volvo 940.....hmmm. Untuk perjalanan jauh memang sangat selesa. Apatah lagi kampong Pahang dan Johor...Kami pernah pandu Penang - Johor Bharu, penat tapi tak sakit badan. Cuma minyak toksah tanya la...tak sampai hati nak bagitau. Yang ni kami pakai agak lama, menjangkau enam tahun. Waktu ni la kami terpaksa guna second-car untuk kegunaan harian.

Waktu kenaikan harga petrol yang keterlaluan 2008, kami surrender....Search kat internet, cari kereta paling jimat minyak. Dan akhirnya....sehingga kini Nissan sylphy...

Aku buat entri ni bukan apa. Sebagai manusia biasa kita selalunya dipengaruhi oleh keinginan mencuba, meniru dan sedikit menunjuk....betul la kan....Buat apa aku nak nafikan. Bila kita rasa mampu...kita akan rasa apa yang ada dah kurang.....cuma kewarasan yang menentukan ianya satu keperluan atau untuk jaga status.

Bagi aku, alasannya perjalanan yang jauh memerlukan kenderaan yang selesa...Kami pernah pandu Viva 850 (masa tu baru beli) pergi Putrajaya. Akhirnya aduhhhh....tak sanggup lagi. Tapi ada je orang guna kancil penuh sarat sampai Trengganu.

Masyarakat selalu menilai orang dengan apa yang tersurat. Kalau berjawatan perlu guna kenderaan mewah. Kalau tak nanti dikatakan kedekut. Lebih teruk dikatakan berdosa pada diri dan keluarga.....betul ke.

Tapi kita perlu pamirkan kedudukan supaya tidak dipandang hina kan....Kedudukan dan nama tu penting juga supaya kita mampu mempengaruhi orang lain ke arah kebaikan.

Alasan ke tu....

No comments:

Post a Comment