Semua orang ada kenangan terindah dan tidak indah untuk disesuaikan dengan perkataan kali pertama. Aku pun ada macam-macam kenangan sebenarnya yang bertitik tolak dari perkataan tu. Ada yang masih basah dalam ingatan walau dah berkurun berlaku.
Kali pertama aku keluar dari rumah untuk tinggal kat asrama, masa tingkatan enam...fuhh...seronok tak terkata. Ayah aku seorang ustaz, banyak benar pantang-larang dan sekatan kat rumah. Walaupun tak lah bebas sangat (kena balik selalu), tapi aku bebas berkawan. Terlebih seronok sampai aku gagal dalam STPM. Terpaksa ambil lagi sekali sebagai calon persendirian kat KL....best jugak naik bas mini pergi sekolah.
Kali pertama dapat gaji, masa tunggu STPM. Aku kerja kilang motorola kat subang. Kerja ikut shift, perit tapi seronok untuk remaja macam aku. Tapi takleh enjoy sebab abang paksa masuk kelas bahasa inggeris kat british council.
Kemudian kali pertama diterima ke universiti. Masa tu kawan baik aku dah daftar UITM, sedih sangat-sangat sebab aku tak sangkut. Keseronokannya tak payah cerita...pagi tu pukul 5 dah bangun....nak pi daftar diri. Abang aku hantar ke puduraya sebab ada bas UKM tunggu kat situ. Pertama kali naik bas universiti....lihatlah dunia...sebenarnya nak bagitau, aku daftar sorang diri...berdikari. Sangat sukar, sebab tu bila anak aku dapat peluang ke asrama dan universiti, tidak aku izinkan sendirian. Tapi sebenarnya sekarang dah senang, semua online....dulu semua kena beratur....isi borang...macam-macam borang.
Masa kat universiti, kali pertama aku bercinta dengan hubby. Nak kata jatuh cinta pandang pertama tak kut.....sebab dah pandang banyak kali dan berkawan lama baru suka kat dia. Tapi pengalaman tu tak perlu cerita sebab itu semua perkara lumrah kat mana mana universiti. Pengalaman paling manis kat ukm masa konvokesyen....boleh nangis bila ingat balik....rasa nak pergi semula, insyaallah.
Pertama kali bercuti, aku join company trip ke sarawak. Betul-betul enjoy sebab aku tak pernah keluar dari semenanjung sebenarnya. Selepas itu walaupun ke Thailand, Singapura dan banyak lagi tempat, ia dah tak semanis kenangan pertama.
Pengalaman paling manis dan sentiasa aku rindui ialah ke tanah suci.....semua masih basah dalam ingatan walaupun dah enam tahun berlalu. Sebab tu aku tak heran bila orang bercerita tentang pengalaman ke tanah suci, sebab ia satu pengalaman indah untuk semua...alhamdulillah.
Kali pertama aku ditimpa musibah pada 1997, aku kehilangan seorang putera. Ia amat perit dan sukar untuk diharungi. Tapi akhirnya aku bersyukur, kerana itulah sebenarnya turning point dalam hidup aku dan suami. Sebelum itu, aku selalu berfikir hidup sebagai seorang biasa, beramal secara biasa dan segalanya secara biasa-biasa saja tentu tidak akan ditimpa musibah. Malah musibah tu sebenarnya amat kecil kalau dibandingkan dengan ujian ke atas orang lain. Nauzubillah. Kini aku berusaha untuk hidup secara luarbiasa. Maksud aku, penghayatan dan penguasaan ilmu serta kerja amal sebagai bekalan untuk akhirat....insyaallah.
Satu lagi ujian getir yang berlaku, bila aku dikhianati oleh sahabat yang amat aku sayangi. Sungguh....aku rasa macam kena sengat tebuan tanah.....kalau lambat dirawat, boleh maut. Apapun...alhamdulillah, fitnah ini berlaku disaat aku telah melewati usia matang. Jadi aku tak lah jadi kala jengking yang menyengat kembali bila diganggu.
Entri ni aku tulis sekadar untuk release. Aku selalu ingatkan anak-anak, hargai setiap apa yang berlaku disekeliling. Sahabat baik boleh bertukar wajah menjadi musuh dalam sekelip mata. Sentiasa berdoa untuk orang lain. Mungkin ketika kita terselamat dari musibah, disaat itu ada orang lain yang berdoa untuk kesejahteraan kita.
Sentiasalah berfikiran positif dan bersangka baik dalam apa jua tindakan dan percaturan. Tidak rugi menggembirakan orang lain kerana mana tau, pertolongan kita yang sedikit itu merupakan kenangan terindah dalam hidupnya....dan dia pun berdoa untuk kita.
No comments:
Post a Comment