Semua orang ada kenangan terindah dan tidak indah untuk disesuaikan dengan perkataan kali pertama. Aku pun ada macam-macam kenangan sebenarnya yang bertitik tolak dari perkataan tu. Ada yang masih basah dalam ingatan walau dah berkurun berlaku.
Kali pertama aku keluar dari rumah untuk tinggal kat asrama, masa tingkatan enam...fuhh...seronok tak terkata. Ayah aku seorang ustaz, banyak benar pantang-larang dan sekatan kat rumah. Walaupun tak lah bebas sangat (kena balik selalu), tapi aku bebas berkawan. Terlebih seronok sampai aku gagal dalam STPM. Terpaksa ambil lagi sekali sebagai calon persendirian kat KL....best jugak naik bas mini pergi sekolah.
Kali pertama dapat gaji, masa tunggu STPM. Aku kerja kilang motorola kat subang. Kerja ikut shift, perit tapi seronok untuk remaja macam aku. Tapi takleh enjoy sebab abang paksa masuk kelas bahasa inggeris kat british council.
Kemudian kali pertama diterima ke universiti. Masa tu kawan baik aku dah daftar UITM, sedih sangat-sangat sebab aku tak sangkut. Keseronokannya tak payah cerita...pagi tu pukul 5 dah bangun....nak pi daftar diri. Abang aku hantar ke puduraya sebab ada bas UKM tunggu kat situ. Pertama kali naik bas universiti....lihatlah dunia...sebenarnya nak bagitau, aku daftar sorang diri...berdikari. Sangat sukar, sebab tu bila anak aku dapat peluang ke asrama dan universiti, tidak aku izinkan sendirian. Tapi sebenarnya sekarang dah senang, semua online....dulu semua kena beratur....isi borang...macam-macam borang.
Masa kat universiti, kali pertama aku bercinta dengan hubby. Nak kata jatuh cinta pandang pertama tak kut.....sebab dah pandang banyak kali dan berkawan lama baru suka kat dia. Tapi pengalaman tu tak perlu cerita sebab itu semua perkara lumrah kat mana mana universiti. Pengalaman paling manis kat ukm masa konvokesyen....boleh nangis bila ingat balik....rasa nak pergi semula, insyaallah.
Pertama kali bercuti, aku join company trip ke sarawak. Betul-betul enjoy sebab aku tak pernah keluar dari semenanjung sebenarnya. Selepas itu walaupun ke Thailand, Singapura dan banyak lagi tempat, ia dah tak semanis kenangan pertama.
Pengalaman paling manis dan sentiasa aku rindui ialah ke tanah suci.....semua masih basah dalam ingatan walaupun dah enam tahun berlalu. Sebab tu aku tak heran bila orang bercerita tentang pengalaman ke tanah suci, sebab ia satu pengalaman indah untuk semua...alhamdulillah.
Kali pertama aku ditimpa musibah pada 1997, aku kehilangan seorang putera. Ia amat perit dan sukar untuk diharungi. Tapi akhirnya aku bersyukur, kerana itulah sebenarnya turning point dalam hidup aku dan suami. Sebelum itu, aku selalu berfikir hidup sebagai seorang biasa, beramal secara biasa dan segalanya secara biasa-biasa saja tentu tidak akan ditimpa musibah. Malah musibah tu sebenarnya amat kecil kalau dibandingkan dengan ujian ke atas orang lain. Nauzubillah. Kini aku berusaha untuk hidup secara luarbiasa. Maksud aku, penghayatan dan penguasaan ilmu serta kerja amal sebagai bekalan untuk akhirat....insyaallah.
Satu lagi ujian getir yang berlaku, bila aku dikhianati oleh sahabat yang amat aku sayangi. Sungguh....aku rasa macam kena sengat tebuan tanah.....kalau lambat dirawat, boleh maut. Apapun...alhamdulillah, fitnah ini berlaku disaat aku telah melewati usia matang. Jadi aku tak lah jadi kala jengking yang menyengat kembali bila diganggu.
Entri ni aku tulis sekadar untuk release. Aku selalu ingatkan anak-anak, hargai setiap apa yang berlaku disekeliling. Sahabat baik boleh bertukar wajah menjadi musuh dalam sekelip mata. Sentiasa berdoa untuk orang lain. Mungkin ketika kita terselamat dari musibah, disaat itu ada orang lain yang berdoa untuk kesejahteraan kita.
Sentiasalah berfikiran positif dan bersangka baik dalam apa jua tindakan dan percaturan. Tidak rugi menggembirakan orang lain kerana mana tau, pertolongan kita yang sedikit itu merupakan kenangan terindah dalam hidupnya....dan dia pun berdoa untuk kita.
Destinasi
Monday, 20 June 2011
Tuesday, 14 June 2011
Kereta lagi
Pernah dengar tak orang bebel fasal ladies driver...? Bukan apa, sebab aku selalu bebel bab tu. Boleh agak la dari jauh....kalau senang hati je bawak pelahan kat lane kanan tu sah la....
Lagi satu orang selalu kata ladies driver cuma tau bawak aje, maintenance hancur....mungkin tidak sepenuhnya....sebab ramai juga yang tau selenggara kereta dan nak tukar tayar...termasuk aku...ngee.
Sebenarnya kereta ni macam manusia juga...perlu rehat, perlu touch-up dan perlu perhatian supaya sentiasa awet muda. Kalau kita sayang kat seseorang, tentu kita beri perhatian padanya, apatah lagi dia sentiasa bersama disaat kita memerlukan.
Setiap kali melakukan perjalanan menggunakan unta, Nabi SAW akan memastikan muatan unta tersebut tidak berlebihan. Apabila berhenti rehat Nabi SAW akan membuka ikatan pada mulut unta dan membiarkan unta tu bergerak bebas untuk seketika. Cerita tu sebenarnya boleh kita aplikasikan dengan situasi sekarang. Selalunya, kita akan mengisi muatan SELAGI MUAT. Terutamanya kalau bercuti atau shopping...habis segala isi rumah nak diisi dalam kereta....kalau boleh peti sejuk dan mesin basuh pun nak angkut sekali. Satu lagi bila berhenti rehat, kita seringkali tidak mematikan enjin. Alasannya tak mau panas atau tak mau abuk masuk. Sebenarnya amalan itu sangat tidak sihat untuk kita dan kereta. Agaknya kalau kereta tu boleh bersuara....dia dah meraung.....kesian kan.
Ada juga orang yang berjimat tak kena tempat dengan kereta nih. Dia tak mau guna kemudahan yang ada tu sebab takut bateri cepat habis.....kelakar kan.....
Bila nak masuk simpang atau nak belok, suka hati je belok tanpa bagi signal...Tak patut betul....signal tu digunakan sebagai isyarat kepada pemandu lain yang berhampiran. Teknologi tidak dibuat untuk sekadar suka-suka. Tanpa sedar tindakan tu dah buka ruang fitnah kat orang lain.....Macam tu la juga dengan lampu brek...ramai yang tak kisah menyala ke tidak.
Bab fitnah ni aku selalu jugak la buat. Kadang tu kita nak cepat....kat depan tu pemandunya bersiar-siar....menyumpah la juga kan. Percuma je dia dapat pahala. Jadi kalau ada sahabat yang baca entri ni, berhemahlah sewaktu memandu. Ambil kira keperluan pemandu lain yang mungkin dalam kecemasan.
Ada lagi satu ruang fitnah. Pernah tak tengok kereta yang tak pernah mandi dan bersolek...Kat dalam kereta tu, rupa restoran pun ada, rupa kedai runcit pun ada, rupa kedai mainan pun ada. Lebih teruk lagi rupa setor.....Boleh ke kita sekadar tengok je...mestilah tak....kan...Apa punya tuan kereta.....kan dah fitnah tu. Ataupun ayat lagi cantik, kalau kereta macam ni, kat rumah macam mana la ya.....tak ke dapat dosa percuma tu....
Satu perkara yang aku perasan bila ada kereta ni, orang selalunya jadi sedikit kasar....Mulut ringan je nak marah orang lain. Lebih teruk siap dengan isyarat tangan lagi.....camana nak elak ya...
Sikap yang boleh dikira agak kasar juga di tempat letak kereta terutama bagi kawasan yang agak terhad. Selalu benar kita mengambil sikap pentingkan diri sendiri. Kadang-kadang tu kesesakan sebenarnya boleh dielak jika adanya tolak ansur. Baru-baru ni aku pi Alor Star Mall, nak beli barang keperluan sebelum hantar anak ke hostel. Masuk parking lot kat basement tu kereta tak bergerak....Lepas tu bila bergerak sikit berhenti semula...heran la juga apa hal....sebab selalunya lancar je mall ni. Nak patah balik memang tak boleh sebab belakang pun ada kereta. Rupa-rupanya kereta depan berhenti tunggu ruang parking....mak aiii.....kalau dah tak ada jalan aje laaa....barulah perjalanan lancar. Kat luar tu pun bersepah lagi parking...apa yang nak rebut sangat....
Aku sebenarnya dah pernah kena saman sewaktu gunakan handphone masa memandu....perit juga la. Jadinya nasihat ikhlas untuk semua....BERHATI-HATI LAH SEWAKTU MEMANDU....INGATLAH ORANG TERSAYANG....

Monday, 13 June 2011
kereta - keperluan atau status
1985. Waktu tu aku belajar kat IKLP, KL. Berulang-alik dari taman maluri ke kg baru dengan mini bus no 44. Selalunya dapat tempat duduk sebab rumah dekat bus stand. Perjalanan kira ok la bagi yang biasa dengan bas mini ni....laju. Waktu tu kat Jalan Bukit Bintang tu tak sesak macam sekarang. Pavilion tu pun sekolah lagi.
Tak sabar nak tengok kereta pertama Malaysia kat jalanraya. Tiap hari bilang berapa bijik kereta proton saga yang terserempak....bangga. Walaupun kereta idaman aku waktu tu Vitara....kalau terserempak....hmmm toleh lama...apa lagi pasang angan-angan la.
Kereta pertama kami beli tahun 1992, proton saga second-hand...WBR 6350. Tak payah cerita la seronoknya...tiap hujung minggu ronda....taman tasik, titiwangsa, paling teruk pun ke Jusco wangsa maju.
Biasala kan...bila rasa lega sikit, kereta yang ada pun kurang selesa...kononnya dah pindah Penang, jauh nak balik kampong. Tukar kereta second-hand jugak, proton iswara WDR 7830. Nasib kereta tu sama, lepas empat tahun dah mula rasa tak selesa.
Kereta ketiga kami first hand...wira aeroback PEG 1176. Kelakarnya beli kereta ni tak rancang pun. Kami jalan-jalan kat Carefourr, ada promosi kereta baru....kira punya kira terus confirm. Rupanya kereta first edition ni risikonya boleh tahan. Macam-macam hal...letih jugak la nak layan. Pernah sekali cermin sisi tak boleh nak naik lepas ambik tiket tol kat Ipoh. Sepanjang perjalanan Ipoh - KL tu rasa macam naik kereta preber sapu kat Temerloh ( bukak tingkap sebab takdak aircond.)
Macam biasa jugak selepas lima tahun dah rasa lain macam....mungkin mengada pun sama kot. Kali ni kami tukar selera....Honda civic. Rasanya kereta ni yang paling best...banding dengan yang sebelumnya la. Tapi maintenance dia selalu buat kami senak...Jadi tak lama jugak la....kebetulan abang aku offer volvo dia.
Apa lagi, tukar Volvo 940.....hmmm. Untuk perjalanan jauh memang sangat selesa. Apatah lagi kampong Pahang dan Johor...Kami pernah pandu Penang - Johor Bharu, penat tapi tak sakit badan. Cuma minyak toksah tanya la...tak sampai hati nak bagitau. Yang ni kami pakai agak lama, menjangkau enam tahun. Waktu ni la kami terpaksa guna second-car untuk kegunaan harian.
Waktu kenaikan harga petrol yang keterlaluan 2008, kami surrender....Search kat internet, cari kereta paling jimat minyak. Dan akhirnya....sehingga kini Nissan sylphy...
Aku buat entri ni bukan apa. Sebagai manusia biasa kita selalunya dipengaruhi oleh keinginan mencuba, meniru dan sedikit menunjuk....betul la kan....Buat apa aku nak nafikan. Bila kita rasa mampu...kita akan rasa apa yang ada dah kurang.....cuma kewarasan yang menentukan ianya satu keperluan atau untuk jaga status.
Bagi aku, alasannya perjalanan yang jauh memerlukan kenderaan yang selesa...Kami pernah pandu Viva 850 (masa tu baru beli) pergi Putrajaya. Akhirnya aduhhhh....tak sanggup lagi. Tapi ada je orang guna kancil penuh sarat sampai Trengganu.
Masyarakat selalu menilai orang dengan apa yang tersurat. Kalau berjawatan perlu guna kenderaan mewah. Kalau tak nanti dikatakan kedekut. Lebih teruk dikatakan berdosa pada diri dan keluarga.....betul ke.
Tapi kita perlu pamirkan kedudukan supaya tidak dipandang hina kan....Kedudukan dan nama tu penting juga supaya kita mampu mempengaruhi orang lain ke arah kebaikan.
Alasan ke tu....

Sunday, 12 June 2011
Langkah pertama
Tanggal 12 Jun 2011, jam 11.22pm. Aku memulakan langkah pertama menulis dalam blog. Terima kasih kepada suami yang membantu memulakan langkah membuka blog ini.
Subscribe to:
Comments (Atom)